Salam Jumaat semua. :)
Semalam keluar, shopping barang dapur dgn kakak & adik.then dorang request suruh masak Nasi Tomato harini. dengan Ayam Masak Merah. kalau ikut jihah, jihah prefer masak Nasi Jagung. lagi minat Nasi Jagung dari Nasi Tomato. hee. tapi, dah dorang nak makan. so, jihah masak kan lah :)
** resepi asal : dari My Resipi ww.myresipi.com/top/detail/74
Bahan-bahan : ( 4 orang )
3 cawan beras ( jihah guna beras biasa, tapi nak sedap guna BERAS BASMATI ye )
2 biji tomato- kisar ( tapi jgn kisar halus )
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
serai
sedikit garam
sedikit kismis
# Bahan tumis #
2 sudu minyak sapi/mentega
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/4 bawang besar - hiris halus
Cara - cara :
1. Cuci beras macam biasa nak masak nasi. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit.
4.Kemudian masukkan sos tomato, tomato kisar, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. (*jihah terus tumis dalam periuk elektrik tersebut dan alihkan untuk masak seperti biasa. lagi mudah).
6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis.
7. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan ayam masak merah.

No comments:
Post a Comment