Tuesday, December 27, 2011

12 : Ikan Goreng Tempoyak

Assalammualaikum :)

Jihah baru balik holiday ! best dapat rest kan minda ni. pegi bercuti dekat Lexis Hotel Port Dickson. :) Masa otw balik ruma semalam, mak cik singgah beli durian. sekarang kan tengah musim buah. so, hari ni. teringat2 durian semalam. tu yg buat Ikan Goreng Tempoyak. hee.


Bahan - bahan :

2 potongan ikan serkut ( tak kisah nak guna ikan apa )
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam
2 keping asam gelugor ( rendam dlm air kejap, pastu gunting halus )
1 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*
20 biji cili padi merah thai*
(*dikisar halus)

Cara - cara :

1. Ikan digoreng hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan susun dalam bekas sesuai. 
2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak.
3. Masukkan tempoyak, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
4. Masak dengan api kecil hingga garing. 
5. Masukkan ikan yang telah digoreng & ratakan. 


**resepi asal dari sini. thanks :)

Thursday, December 22, 2011

11 : Apple Crumble

Salam semua.

Just a simple update & veryvery simple recipe :) Try lah ye.

Bahan-bahan :

Untuk Crumble
150g tepung gandum
50g gula
110g butter sejuk dr peti ais
sedikit garam

Untuk Inti
3 biji epal - kupas dan potong dadu/slice
2 sudu mkn gula perang
½ sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara :

1. Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Masukkan ke dalam
 bekas untk membakar dgn sedikit butter.
3. Masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan crumb tadi. Taburkan keju Mozarella kat atas tu.
4. Bakar suhu 180 hingga kekuningan lebih kurang 30-40min.
5. Hidangkan dengan aiskrim atau sos kastad jika suka. Kalau suka makan sejuk, masukkan peti ais terlebih dahulu.


**punya la malas smpi jihah copy paste je resipi Kak Hana

Wednesday, December 21, 2011

10 : Beef Lasagna


Selamat petang semua


Okay, hari ni lunch jihah buat Beef Lasagna sebab tak puas hati masa makan Seafood Lasagna kat Pizza Hut aritu. tersangat la tak puas hati. nama je seafood tapi ada la 2 3 ketul udang. haihh. So, ini resepi utk Beef Lasagna. lagi berbaloi masak sendiri dari makan kat restoran. Resepi asal kat sini -- >My Resepi. tapi jihah ada ubah & buat supaya jadi lagi mudah :)


Bahan - bahan :


200g daging cincang 
1 botol kecil sos spaghetti ( jihah guna jenama Kimball, murah & sedap )
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
3-4 batang sosej ( potong kecil )
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Sedikit oregano
Garam secukup rasa
Sedikit kiub ayam
Sekotak Instant Lasagna ( guna jenama San Remo, senang tak perlu rebus dulu )
2 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
2-3 keping keju Cheddar  
2 paket sup cendawan segera ( jihah guna jenama Campbell )
Sedikit keju Mozarella  untuk tabur kat atas.
Sedikit daun parsley


Cara-cara :

Utk sos spaghetti daging :
1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
3. Masukkan 2 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
4. Masukkan sos spaghetti Kimball & tambahkan oregano, sedikit garam, lada sulah. Kacau sehingga kuah & daging kisar tu bgaul mesra.
5. Masukkan sayur-sayuran tadi,sosej & tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

Utk sos putih :
6. Panaskan air & masukkan serbuk sup cendawan. Kacau sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan 2-3 keping keju cheddar. Koyak kan keju tu kecil-kecil supaya cepat cair.
8. Masukkan bancuhan tepung + sedikit air. Kacau & tambahkan air jika sos putih terlalu pekat.
9. Masukkan sedikit garam & lada sulah. Kemudian padamkan api.

10. Panaskan oven 180 C sementara tu, sediakan bekas utk membakar lasagna. Guna bekas utk bakar kek lagi senang.
11. Sapukan sedikit minyak pada bekas tersebut & aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah.
12. Tuangkan sedikit sos spaghetti daging  tadi dan tuang sedikit sos putih tadi.
13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang sos putih selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan sos spaghetti daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
14. Akhir sekali, taburkan keju Mozarella & sedikit daun parsley.
15. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)


** jihah tak guna habis pun sekotak lasagna tu, jihah buat 4 lapisan sahaja. tetap sedap :)

09 : Kentang Oregano

Assalammualaikum :)

Lama tak update resepi baru kan. hee. takde mood nak menulis. hari ni just nak update satu resepi simple je. side dish utk lunch hari ni. Kentang Oregano :)


Bahan - bahan :

2biji kentang - potong dadu ( ikut suka nak besar atau kecil )
Brokoli
Sebiji tomato
1sudu besar mentega
Sedikit perahan lemon
Sedikit oregano
Sedikit lada sulah

Cara - cara :

1. Bersihkan kentang dan potong ikut saiz yang anda suka.
2. Rebuskan kentang sampai empuk.
3, Panaskan mentega dan goreng kentang sehingga keperangan.
4. Masukkan brokoli, tomato.
5. Tambahkan lada sulah, oregano & jus lemon. Gaul rata.

Friday, December 16, 2011

08 : Nasi Tomato

Salam Jumaat semua. :)

Semalam keluar, shopping barang dapur dgn kakak & adik.then dorang request suruh masak Nasi Tomato harini. dengan Ayam Masak Merah. kalau ikut jihah, jihah prefer masak Nasi Jagung. lagi minat Nasi Jagung dari Nasi Tomato. hee. tapi, dah dorang nak makan. so, jihah masak kan lah :)


** resepi asal : dari My Resipi ww.myresipi.com/top/detail/74

Bahan-bahan  : ( 4 orang )

3 cawan beras ( jihah guna beras biasa, tapi nak sedap guna BERAS BASMATI ye )
2 biji tomato- kisar ( tapi jgn kisar halus )
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
serai
sedikit garam
sedikit kismis

# Bahan tumis #
2 sudu minyak sapi/mentega
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/4 bawang besar - hiris halus

Cara - cara :

1. Cuci beras macam biasa nak masak nasi. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit.
4.Kemudian masukkan sos tomato, tomato kisar, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
5. Tuangkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. (*jihah terus tumis dalam periuk elektrik tersebut dan alihkan untuk masak seperti biasa. lagi mudah).
6. Bila nasi sudah kering, kaup nasi perlahan-lahan dari bawah ke atas, rata perlahan dan tabur kismis. 
7. Biarkan nasi masak elok. Hidangkan dengan ayam masak merah.


Wednesday, December 14, 2011

07 Mini Apple Puff

Selamat petang :)

Bangun pagi, buka fridge nampak epal hijau. banyak lagi, takde org nak makan. so, sebabkan tak nak epal tu membazir mcm tu je. jihah pun terus usha2 baring utk buat apple puff & semua nya lengkap kecuali serbuk kayu manis takde. dan tanpa melengahkan masa, jihah pun pegi tumbuk kayu manis tu sampai jadi serbuk. hehe.



Bahan - bahan :

*3biji epal hijau- potong dadu
*2sudu besar gula perang (tapi jihah guna gula merah.hehe)
*1sudu besar jus lemon
*1/2sudu kecil serbuk kayu manis(cinnamon)
*1sudu besar butter
*2sudu besar air + 1 sudu besar tepung jagung- bancuhkan bersama
Kuning telur - utk sapuan & gam
Ready made puff pastry

Contoh : readymade puff pastry & inti apple puff

Cara -cara :

1. Panaskan kuali. Satukan bahan inti * dan masak sebentar di atas api kecil hingga epal masak. Ketepikan
2. Sementara itu, panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
3.Ambil pastry, potong ikut suka sama saiz.
4.Ambil sekeping pastry yang telah dipotong Isikan inti di tengah-tengah (elakkan kena kat bucu ). Cantumkan kedua-dua belah, kemudian sapukan telur keliling. . Tekan sedikit agar melekat. Boleh gunakan garfu.
5. Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur.
6.Bakar guna suhu tinggi ( jihah guna 200 darjah celcius, kira-kira 15minit). Masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan.



'Ayam Bakar' #Wordless wednesday

Tuesday, December 13, 2011

06 : Makaroni Goreng

Assalammualaikum :)

Dah lama ta update resepi kat blog kan. sebab weekend jarang ada kat ruma,so mmg tak kan masak punya. semalam pulak rasa malas nk update. hehe. semalam jihah masak 'Ayam Bakar'. simple tapi berbaloi makan. nti jihah update resepi ye. insyaAllah.

Harini sibuk mengemas so masak simple2 je. 'Makaroni Goreng ', jommmm cuba :)



Bahan-bahan : ( 4-5 orang makan )

250g makaroni
3 batang sosej - potong kecil
sebiji tomato - potong dadu
1/2 batang lobak - hiris halus
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Rebus makaroni selama lebih kurang 5minit ( depends pada brand jugak ). Pastikan air rebusan mendidih terlebih dahulu, letak sedikit minyak masak/oliveoil, & garam. Kemudian masukkan makaroni. Setelah empuk, toskan.
2. Tumiskan cili kisar sehingga agak garing.
3. Masukkan garam, sos tiram. sos tomato dan air.
4. Tambahkan daging, hirisan sosej, lobak & tomato. Kacau rata.
5. Perlahankan api & masukkan makaroni. Gaul rata dan perasakan dengan sedikit kicap manis
6. Biarkan sebentar hingga makaroni bergaul mesra dgn bahan2.

Saturday, December 10, 2011

05 : Kek Karamel

Assalammualaikum readers :)

Okay, hari ni jihah nak bagi resepi utk ' Kek Karamel '.jihah rasa ni antara kek yang agak mencabar jugak nak buat. alhamdulillah jadi, even tak secantik mcm org lain buat :



Bahan-bahan ( utk loyang 8 @ 9 inci ) :

Gula hangus
2@4 sudu besar gula

- Jadikan gula hangus.
-Ratakan pade keseluruhan loyang supaye kek tak melekat pade loyang

Bahagian atas ( karamel )
1/2 tin susu cair 70 g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla 3 kuning telur
-Kacau sebati (kacau perlahan je )

Lapisan kek (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

1. Putar telur kuning,air dan minyak dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung yang telah dicampur baking powder.
3. Biarkan sebentar.

Meringue (B)
6 telur putih 70 gm gula castor 1 sudu teh krim tartar
-Pukul sampai kembang,' bertanduk '.
-Pastikan bila kita angkat mixer tu, dia tak menitis.

Cara -cara :

1. Campurkan adunan A & B. guna kaedah kaup-balik ye.
2. Masukkan karamel dalam loyang.
3. Masukkan adunan kek yng telah diwarnakan ( campuran A & B tadi ). - warnakan lah ikut suka ye-
4. Panaskan oven selama 10 minit .
5. Utk 40 minit pertame, guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah.
6. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.


**resepi kredit to Kak Zu.

Friday, December 9, 2011

04 : Pancake

Selamat pagi semua.

Pagi ni rasa macam rajin sikit, tetibe nampak iklan KFC. pancake blueberry. wah wahhh, mcm best pulak kan. apa lagi terus la pegi tgok brg2 kat dapur lengkap tak utk buat pancake. penat mencari, akhirnya jumpa gak semua bahan, cuma syrup maple da habis. :( takpela, still bole makan dgn madu kan. so, jom cuba !


Bahan-bahan :

115 g tepung gandum
1 sudukecil soda bikarbonat
1 sudukecil cream tartar
25 g butter
1 biji telur
125ml susu segar
1 sudubesar gula - jiha guna gula kastor (kalau nak manis, letak lebih ye )
Sedikit garam

Cara - cara :

1. Campurkan tepung, soda bikarbonat & cream tartar. kalau nak lagi best, ayakkan bahan2 ni.
2. Masukkan butter dan gaulkan. jangan gaul terlalu lama atau sampai jadi doh.
3. Lubangkan di tengah-tengah campuran butter & tepung tadi.
4. Masukkan telur & susu segar.Gaul sebati
5. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali pancake. (lagi cantik, kalau pakai yg non-stick pan tu & saiz 5inci diameter )
6. Masak sehingga ada buih2 udara kat atas adunan pancake tu & tunggu buih tersebut pecah.Barulah boleh diterbalikkan
7. Hidangkan panas2 & boleh lah dimakan dgn maple syrup,butter, madu, aiskrim & choclate syrup.


03 : Mashed Potato

Salam Jumaat :)

Hari ni nak bagi resepi Mashed Potato utk dinner semalam. Senang, sedap & kenyang :)




Bahan-bahan utk mashed potato:

3biji kentang
2 sudu besar mentega
3 sudu besar susu segar
Lada sulah
Garam

Cara-cara :

1. Buang kulit kentang, potong dadu dlm saiz yang tidak terlalu kecil.
2. Rebus kentang sehingga lembut (kira-kira 20min)
3. Buang air rebusan & panaskan semula kentang di atas api utk menghilangkan lebihan air yang
t'dapat pada kentang.
4. Lenyekkan kentang rebusan tadi sehingga teksturnya nampak cantik.
5. Panaskan mentega & susu segar.
6. Masukkan kentang lenyek ke dalam campuran mentega & susu segar.
7. Tambahkan lada sulah & garam secukup rasa.


Bahan-bahan utk gravy :

Sup paket segera ( tak kira la perisa mushroom ke apa )
Sos ladahitam-jihah guna brand Life

Cara-cara :

1. Masak sup segera tersebut & tambahkan sos ladahitam mengikut citarasa anda. agak2 la ye.
2. Hidangkan bersama mashed potato :)

All the best !



Thursday, December 8, 2011

02 : Spaghetti Carbonara.

Assalammualaikum semua :)

Semalam da makan masakan melayu, apa kata hari ni kita makan western food pulak. Meyh cuba, lagi mudah dri masakan melayu. hehe.

Menu hari ni : Spaghetti Carbonara & Mashed Potato ( nti jihah letak respi mashed potato ye )


Bahan-bahan :

1/2 bungkus Spaghetti - tak kisah apa brand pun
1 tin sos carbonara (Prego)
Sedikit ayam/daging kisar ( agak2 la. jihah letak byk, sedap )
Beberapa batang sosej - potong kecil
Selabu bawang merah - cincang halus
Beberapa ulas bawang putih - cincang halus
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
Lada sulah & lada hitam

*Lagi sedap kalau masukkan hirisan cendawan butang.

Cara - cara :
  1. Didihkan air. Masukkan garam, spaghetti dan sedikit minyak masak/olive oil.
  2. Setelah spaghetti lembut, angkat, tos , cuci dgn air sejuk dan ketepikan.
  3. Masukkan sedikit butter ke dalam periuk.Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang.
  4. Dah naik bau, masukkan daging/ayam kisar. Tunggu sampai ayam/daging masak (masak bukan garing tau )
  5. Seterusnya, masukkan sos carbonara Prego & kacau.
  6. Agak-agak dah pekat sikit, masukkan susu segar sedikit demi sedikit sampai berkrim kuah carbonara tu.
  7. Letak lada sulah, lada hitam, garam secukup rasa & daun parsley.
  8. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
**Kalau nak pedas sikit, boleh lah makan dengan chili flakes :)

01 : Wantan goreng.

Assalammualaikum :)

Hari ni tetibe rasa nak makan wantan goreng, asyik teringat wantan goreng kat Secret Recipe je. So, bahan2 pun mmg ada kat rumah ni. Apa lagi, jom la kita masak 'Wantan Goreng' .


Bahan-bahan:


Kulit wantan secukupnya-beli je kat pasaraya
500gm daging/ayam kisar
Sosej - ikut suka nak byk mana
2biji kentang-potong dadu
Lobak - disagat
1 spring onion-hiris halus
1/2 biji putih telur
2 sudu kecil minyak bijan
1 biji telur - dipukul
Secubit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1. Bersihkan isi ayam/daging, sosej dan bahan2 lain.

2. Goreng isi ayam/daging dgn sedikit mentega.

2. Perapkannya dengan putih telur, minyak bijan, spring onion, kentang & lobak, sosej, garam dan serbuk lada sulah selama 1/2 jam.

3. Letakkan inti ini di tengah-tengah kulit wantan.

4. Sapukan telur yang telah dipukul di hujung kulit wantan.

5. Kemudian cantumkan mengikut bentuk yang disukai.

6. Goreng dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.

7. Hidangkan bersama sos cili


Sos Cili

Bahan-bahan:

6 biji cili merah
2-4 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 sudu besar sos tomato
1/4 sudu besar cuka (jika suka)
1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam


Cara menyediakan:

1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus.

2. Masukkan sos tomato, cuka, gula dan garam.

3. Masak selama 5 minit atau renehkan hingga dapat kepekatan yang sesuai.

Wednesday, December 7, 2011

Cooking is my hobby :)

Assalammualaikum :)

Hai, i'm Najihah. I enjoy cooking so much and like playing with the taste and textures. So, have fun & all the best if you're trying my recipe. :)